Skip to main content

15 Langkah Mudah Berfesyen Untuk Lelaki

Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang?

Kenapa anda masih tidak naik pangkat?

Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? 

Mungkin kerana  penampilan anda

Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya


hanya sekadar hiasan 


1. Pilih pakaian yang fit 
- Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat


2. Simple tapi smart 
- Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya. 


3. Santai bukan membosankan 
Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen



4.Pemakaian pastikan sepadan 
- Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF? 


5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.  


6.Sentiasa peka 
- Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.  


7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh 
- Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.  


8.Belanja lebih untuk kasut 
- Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.  


9.Berhati-hati memilih t-shirt 
- Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak. 


10.Jangan terikut pada trend 
- Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.    


11.Jangan beli kerana brand 
- Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.  


12.Teruskan membentuk image tersendiri 
- Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda.   


13. Jangan malu untuk meminta pendapat 
- Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.  


14.Pastikan muka bersih dan kemas 
- Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.   


15.Bereksperimen dengan gaya 
- Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.  

Jika anda berminat dapatkan info baju lelaki, sila masukkan Nama & Emel anda pada ruangan di bawah, kemudian klik butang SUBSCRIBE




First Name:
Email address:

Comments

Popular posts from this blog

8 TIPS BERFESYEN UNTUK LELAKI KURUS

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni. Jadi sekarang admin nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out! 1. BETULKAN CUTTING Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang. 2. PAKAI LEBIH SELAPIS Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi. 3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutti...

8 TIPS BERPAKAIAN UNTUK KELIHATAN HENSEM BERGAYA

Berpakaian smart dan bergaya bukanlah pilihan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis formal Jom baca tips cara untuk berpakaian kemas dan smart 1. PILIH PAKAIAN BERJENAMA Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Kerana pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave. Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai sudah memadai 2. PILIH KEMEJA LENGAN PANJANG & SLIM-FIT Kemeja len...
Zaman sekarang ni dunia fesyen bukan semata-mata untuk wanita. Golongan lelaki pun sudah pandai berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Tetapi kalau gayanya tidak kena, takut pula kelihatan ‘overdressed’ atau pun pelik. Jadi untuk lelaki yang ingin atau mahu kelihatan segak, ada beberapa tips yang perlu anda ikuti. 1. Ringkas tetapi bergaya Bila bercakap tentang fesyen dan gaya, tak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tips mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna. Amal gaya pakaian gabungan tak lebih tiga warna 2. Pilih pakaian ikut badan Masalah utama lelaki adalah suka memakai baju yang lebih besar dari badan. Selalunya di pusat membeli belah, terdapat bilik mencuba pakaian yang boleh anda gunakan untuk mencuba baju yang sesuai dengan badan anda. 3. Peka pada fesyen dan pakaian anda Contoh aksesori yang sesuai dan ringkas yang boleh anda padankan dengan p...