Skip to main content



Zaman sekarang ni dunia fesyen bukan semata-mata untuk wanita. Golongan lelaki pun sudah pandai berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Tetapi kalau gayanya tidak kena, takut pula kelihatan ‘overdressed’ atau pun pelik. Jadi untuk lelaki yang ingin atau mahu kelihatan segak, ada beberapa tips yang perlu anda ikuti.
1. Ringkas tetapi bergaya
Bila bercakap tentang fesyen dan gaya, tak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tips mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.

Amal gaya pakaian gabungan tak lebih tiga warna

2. Pilih pakaian ikut badan
Masalah utama lelaki adalah suka memakai baju yang lebih besar dari badan. Selalunya di pusat membeli belah, terdapat bilik mencuba pakaian yang boleh anda gunakan untuk mencuba baju yang sesuai dengan badan anda.
3. Peka pada fesyen dan pakaian anda

Contoh aksesori yang sesuai dan ringkas yang boleh anda padankan dengan pakaian anda

Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa ( melainkan anda memang suka menjadi tumpuan ramai! ) . Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.
4. Jangan beli kerana jenama
Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi smart berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.

5. Jangan malu minta pendapat orang
Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tips menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.
6. Elakkan membeli belah sendirian
Ajaklah paling kurang seorang rakan. Kadang-kadang penjual ni memang cakap saja baju itu cantik dan padan dengan anda, padahalnya tidak. Mereka akan memuji-muji anda untuk memastikan barangan mereka terjual.
7. Jangan terikat pada trend
Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali sekal mix and match pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!
8. Pastikan wajah bersih dan kemas

David Beckham merupakan ikon fesyen terkenal dan menjadi sumber inspirasi lelaki apabila berfesyen. Lihat sajalah gaya rambutnya yang sentiasa menjadi ikutan

Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodorant. Cukur segala bulu yang tidak perlu disimpan dan biarlah wajah anda terutamanya nampak terurus.
9. Pastikan sepadan
Sentiasa pastikan anda berfesyen kena pada gaya. Duduk depan cermin dan lihat apa yang sesuai dan apa yang tidak kena. Contohnya, elakkan pakai baju t berbelang-belang dengan seluar kotak-kotak. Tak ke pelik tu?
Jika anda berminat dapatkan info baju lelaki, sila masukkan Nama & Emel anda pada ruangan di bawah, kemudian klik butang SUBSCRIBE


First Name:
Email address:

Comments

  1. The Jackpot City Casino is the only place where players can enjoy all
    The 인카지노 Jackpot City worrione Casino is an online casino that 메리트 카지노 brings you the best in online gambling. There are over 10000 exciting slots and table games

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

8 TIPS BERFESYEN UNTUK LELAKI KURUS

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni. Jadi sekarang admin nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out! 1. BETULKAN CUTTING Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang. 2. PAKAI LEBIH SELAPIS Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi. 3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutti...

8 TIPS BERPAKAIAN UNTUK KELIHATAN HENSEM BERGAYA

Berpakaian smart dan bergaya bukanlah pilihan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis formal Jom baca tips cara untuk berpakaian kemas dan smart 1. PILIH PAKAIAN BERJENAMA Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Kerana pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave. Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai sudah memadai 2. PILIH KEMEJA LENGAN PANJANG & SLIM-FIT Kemeja len...