Skip to main content

8 TIPS BERPAKAIAN UNTUK KELIHATAN HENSEM BERGAYA

Berpakaian smart dan bergaya bukanlah pilihan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi.


Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis formal

Jom baca tips cara untuk berpakaian kemas dan smart

1. PILIH PAKAIAN BERJENAMA
jenama
Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Kerana pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave.
Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai sudah memadai

2. PILIH KEMEJA LENGAN PANJANG & SLIM-FIT
slim-fit
Kemeja lengan panjang akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas berbanding kemeja lengan pendek. Selain itu, cari kemeja yang mempunyai potongan design slim-fit. Slim-fit bermaksud, di bahagian kiri dan kanan badan baju tersebut tidak akan kelihatan menggelebeh bila dipakai.
Kemeja yang dipakai menggelebeh akan membuatkan anda kelihatan selekeh, dan kadang-kala kelihatan gempal.

3. SAIZ S, M ATAU L?
saiz
Berkenaan dengan saiz, ukurlah baju di badan sendiri. Ini sangat penting, kerana saiz akan membuatkan baju yang anda pakai itu nampak sesuai dengan anda. Sebolehnya, beli baju yang bersesuaian dengan saiz anda.
Jika saiz S dan M lebih kurang sama, ambil saiz S, kerana saiz S akan disesuaikan dengan tips slim-fit di atas. Apa-apa pun berkenaan dengan saiz ini, cari baju yang akan membuatkan anda selesa ketika memakainya

4. DESIGN JALUR ATAU KOTAK-KOTAK?
design
Cari design kemeja yang berjalur vertikal, kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan tinggi dan tidak gemuk. Design berjalur adalah lebih baik daripada kemeja kosong tanpa apa-apa design, kerana ia akan memberi kelainan kepada anda yang memakai, unik berbanding orang lain.
Design kotak-kotak pula lebih sesuai untuk acara tidak formal dan casual. Kedua-dua design ini ok, cuma perlu disesuaikan dengan keadaan dan masa.

5. WARNA BAJU MENGIKUT HARI
warna
Ok, ini satu tips yang penting. Untuk pemilihan warna baju yang ingin dipakai, anda perlu memilih baju berwarna cerah pada permulaan minggu dan beralih ke warna yang lebih gelap pada hujung minggu. Contohnya, jadikan tabiat untuk menggunakan warna yang cerah seperti putih pada hari Isnin atau Selasa.
Kemudian, boleh gunakan warna-warna lain seperti biru muda, pink atau kelabu cerah pada hari selasa, rabu dan khamis. Seterusnya, tinggalkan warna gelap seperti biru gelap atau hitam pada hari Khamis atau Jumaat. Ini satu cara untuk membina perwatakan yang menarik melalui pemilihan warna baju sepanjang minggu.

6. STAIL NECK TIE
necktie
Neck Tie juga boleh memberikan impak kepada si pemakai. Tahukah anda, bahawa terdapat banyak jenis stail neck tie di pasaran? Ada yang berbentuk lebar, nipis dan juga petak. Tips untuk neck tie adalah, jangan sesekali pakai neck tie yang lebar.
Pilihlah untuk memakai neck tie yang kelihatan nipis kerana ianya nampak lebih kemas, malah ia sesuai untuk dipakai ketika waktu formal mahupun separa formal. Ohya, jangan lupa pakai tie pin juga, supaya kelihatan sentiasa kemas.

7. CARA PILIH TALI PINGGANG
belt
Sebenarnya, tali pinggang ni tak beri impak yang terlalu besar. Cuma janganlah pakai tali pinggang yang nampak terlalu usang. Cari tali pinggang kulit berwarna hitam dan kepala tali pinggang tersebut mestilah berbentuk segi empat tepat.
Jangan pakai kepala tali pinggang yang terlalu fancy dan berbentuk yang pelik-pelik.

8. CARA PILIH KASUT
kasut
Kasut pun perlu dipilih dengan teliti. Kerana pemilihan kasut yang salah akan membuat penampilan anda spoil.
Anda akan kelihatan lebih smart dan bergaya jika memakai kasut yang tidak bertali. Jangan pakai kasut yang materialnya terlalu berkilat kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol, dan jangan pula pakai kasut yang diperbuat daripada kanvas, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan ‘dull’ pula.
Yang mana lebih elok, hujung kasut berbentuk lonjong atau petak ? Sebenarnya pilihan ini bergantung pada pilihan masing-masing.
Cuma untuk yang lebih low-profile, anda boleh gunakan kasut yang hujungnya berbentuk sedikit lonjong, manakala yang lebih suka dilihat dan bercakap di hadapan, kasut yang hujungnya berbentuk petak adalah lebih sesuai untuk anda.

Demikianlah 8 Tips Berpakaian Untuk Kelihatan Hensem Bergaya pada kali ini. Semoga anda mendapat tips yang berguna dan cubalah praktikkan dan lihat hasilnya.
Penampilan diri memainkan peranan dalam pembinaan keterampilan dan keyakinan diri. jadi, tidak rugi jika anda mengambil tahu berkenaannya.

Jika anda berminat dapatkan info baju lelaki, sila masukkan Nama & Emel anda pada ruangan di bawah, kemudian klik butang SUBSCRIBE



First Name:
Email address:

Comments

Popular posts from this blog

8 TIPS BERFESYEN UNTUK LELAKI KURUS

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni. Jadi sekarang admin nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out! 1. BETULKAN CUTTING Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang. 2. PAKAI LEBIH SELAPIS Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi. 3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutti...

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki

Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal.  Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat.  Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat. 1. Kolar Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,...