Skip to main content

8 TIPS BERFESYEN UNTUK LELAKI KURUS

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.

Jadi sekarang admin nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out!

1. BETULKAN CUTTING


Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.

2. PAKAI LEBIH SELAPIS

Welcome-back-you-fool-3
Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.

3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK

T1EmbKXoXlXXat7bZT_010823
Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat taw, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.

4. ELAK PAKAIAN LONGGAR

2015-new-thin-section-jeans-male-big-yards
Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.

5. ELAK AKSESORI BESAR

big_bling
Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.

6. ELAK CORAK MENEGAK

HTB1k5hRGXXXXXaYXVXXq6xXFXXXe
Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!


7. WARNA CERAH

1205-front_10_1024x1024
Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk korang yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.

8. TAHU JENAMA SESUAI

hg6
Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.

Jika anda berminat dapatkan info baju lelaki, sila masukkan Nama & Emel anda pada ruangan di bawah, kemudian klik butang SUBSCRIBE


First Name:
Email address:

Comments

Popular posts from this blog

8 TIPS BERPAKAIAN UNTUK KELIHATAN HENSEM BERGAYA

Berpakaian smart dan bergaya bukanlah pilihan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis formal Jom baca tips cara untuk berpakaian kemas dan smart 1. PILIH PAKAIAN BERJENAMA Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Kerana pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave. Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai sudah memadai 2. PILIH KEMEJA LENGAN PANJANG & SLIM-FIT Kemeja len...

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki

Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal.  Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat.  Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat. 1. Kolar Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,...